Get more funny things and MySpace Graphics
CABAR
Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar.
Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata ¿Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI¿ nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata¿
C2.
CABUL
Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan.
Juga perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua¿
C3.
CELUPAR
Wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.
C4.
COMOT
Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje¿ Ada isteri kata - mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun.
C5.
CEMBURU
Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan¿ sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam.
Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2¿
C6.
CEREWET
Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.
C7.
CINCAI
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak. Anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi.
C8 CUAI
Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yg ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, bersolek, mengemas. Ini akan membuatkan mereka benci kerana situasi sebegini.
8C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa & lalai. Ada masa-masa tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri-ciri 8C tu.
Tuesday, May 12, 2009
8C Buat Suami BENCI Isteri.....Betul2 Hangat Nie.....
Posted by LOVE - The Bakers at 10:45 PM 0 comments
9 KEHEBATAN SUAMI (PART 2)
5 - Bersih
Suami sanggup membuang sikap lamanya yang kurang mementingkan kebersihan hanya untuk keselesaan sang isteri. Kalau dulu suami sanggup memakai seluar dalam yang sama selama tiga hari, kini dia sanggup berubah.
Tubuh dan rambutnya kemas, nafasnya harum pasti akan membuatkan isteri sanggup berlama-lamaan bersama suami. Tunjukkan penghargaan dan terima kasih atau usahanya untuk berubah.
6 - Belaian berterusan
Ramai para suami yang memilih untuk terus tidur setelah selesai hubungan intim bersama isteri. Isteri ditinggalkan termangu-mangu sendirian saat suami lena dibuai mimpi. Tapi jika selesai bersama, sami memilih untuk berehat dengan membiarkan diri anda dalam pelukannya sambil menghadiahkan ciuman tanpa berkata-kata, maka inilah bukti perhatian dan cinta sang suami.
7 - Hanya untuk anda
Bahasa tubuh tidak akan berbohong. Jika dia kelihatan selesa dan tenang bersama dengan anda sewaktu hubungan intim, terbukti bahawa fikiran dan cintanya hanta untuk anda. Selain itu, dia juga tidak berusaha membuktikan kehebatannya dengan menggunakan jamu kuat atau Viagra. Suami percaya pada kemampuan diri sendiri dan berjaya membuktikan pada anda, dia memang yang terbaik.
8 - Memahami dan tidak memaksa
Saling memahami adalah salah satu kunci untuk mendapatkan kenikmatan dan kepuasan seks. Tanpa ada keinginan untuk saling menghargai, hubungan yang berlangsung tidak akan bertahan lama.
Suami yang hebat tidak akan memaksa isteri melakukan posisi atau perkara yang tidak dimahukan oleh isteri melainkan dengan kerelaannya sendiri. Selain itu, suami yang dikatakan hero akan memahami jika heroinnya menolak untuk melakukan hubungan intim kerana terlalu penat.
9 - Yang tidak dijangka
Dia bukan saja tahu apa yang dimahukan oleh isteri tapi juga selalu melakukan perkara-perkara yang tidak dijangka isteri. Ciuman romantis sewaktu pulang dari kerja, hadiah jambangan bunga meskipun nampak ringkas namun cukup membuat isteri jatuh cinta buat kali kedua pada sang suami dan juga membakar ghairahnya.
Posted by LOVE - The Bakers at 10:43 PM 0 comments
Monday, May 11, 2009
9 KEHEBATAN SUAMI (PART 1)
1 - Setia pada isteri
Suami yang hebat tidak akan memilih untuk ¿makan luar¿ kerana setia pada isterinya. Dia akan memberikan perasaan selamat pada isteri bahawa dia tidak akan menduakannya. Sikap jujur tersebut akan membuatkan kepercayaan pada suami meningkat dan secara tidak langsung hubungan seksual dengan suami juga akan semakin intim dan sihat. Sikap setia ini juga akan mengelakkan isteri dari dijangkiti penyakit seksual yang berbahaya. Inilah jaguh yang menyelamatkan hidup anda.
2 - Tahu apa yang isteri mahu
Suami yang dikatakan hebat pastinya akan tahu apa yang dimahukan oleh isteri mereka. Mereka tahu bahagian mana yang ingin disentuh, berapa lama aksi pemanasan yang dimahukan dan juga posisi kesukaan isteri mereka.
3 - Bertanggungjawab untuk selamat
Ramai wanita yang terpaksa ¿berkorban¿ sendirian menggunakan alat kontraseptif dan menanggung kesan wajah berjerawat, hormon tidak teratur dan sebagainya kerana suami enggan menggunakan kondom.
Tapi jika suami menganggap kehamilan adalah tanggungjawab bersama, seorang suami yang hebat pasti sanggup berkorban untuk isterinya. Selain mencegah kehamilan, kondom juga mampu mencegah penyakit seksual.
4 - Asli
Bukan hanya wanita saja yang berasa kurang yakin dengan ukuran payu daranya, lelaki juga turut merasai perkara yang sama terhadap ukuran alat sulit mereka. Namun suami yang hebat tidak akan terpengaruh dengan isu kecil atau besar. Dia tetap akan bangga dengan bahagian tubuh yang diciptakan untuknya.
Sang jaguh tidak akan mengubah ukuran S menjadi XL, sebaliknya akan berusaha menguasai posisi yang mampu membuatkan pasangannya puas tanpa mengira besar atau kecil ukuran alat sulitnya.
Posted by LOVE - The Bakers at 11:33 PM 0 comments