5 - Bersih
Suami sanggup membuang sikap lamanya yang kurang mementingkan kebersihan hanya untuk keselesaan sang isteri. Kalau dulu suami sanggup memakai seluar dalam yang sama selama tiga hari, kini dia sanggup berubah.
Tubuh dan rambutnya kemas, nafasnya harum pasti akan membuatkan isteri sanggup berlama-lamaan bersama suami. Tunjukkan penghargaan dan terima kasih atau usahanya untuk berubah.
6 - Belaian berterusan
Ramai para suami yang memilih untuk terus tidur setelah selesai hubungan intim bersama isteri. Isteri ditinggalkan termangu-mangu sendirian saat suami lena dibuai mimpi. Tapi jika selesai bersama, sami memilih untuk berehat dengan membiarkan diri anda dalam pelukannya sambil menghadiahkan ciuman tanpa berkata-kata, maka inilah bukti perhatian dan cinta sang suami.
7 - Hanya untuk anda
Bahasa tubuh tidak akan berbohong. Jika dia kelihatan selesa dan tenang bersama dengan anda sewaktu hubungan intim, terbukti bahawa fikiran dan cintanya hanta untuk anda. Selain itu, dia juga tidak berusaha membuktikan kehebatannya dengan menggunakan jamu kuat atau Viagra. Suami percaya pada kemampuan diri sendiri dan berjaya membuktikan pada anda, dia memang yang terbaik.
8 - Memahami dan tidak memaksa
Saling memahami adalah salah satu kunci untuk mendapatkan kenikmatan dan kepuasan seks. Tanpa ada keinginan untuk saling menghargai, hubungan yang berlangsung tidak akan bertahan lama.
Suami yang hebat tidak akan memaksa isteri melakukan posisi atau perkara yang tidak dimahukan oleh isteri melainkan dengan kerelaannya sendiri. Selain itu, suami yang dikatakan hero akan memahami jika heroinnya menolak untuk melakukan hubungan intim kerana terlalu penat.
9 - Yang tidak dijangka
Dia bukan saja tahu apa yang dimahukan oleh isteri tapi juga selalu melakukan perkara-perkara yang tidak dijangka isteri. Ciuman romantis sewaktu pulang dari kerja, hadiah jambangan bunga meskipun nampak ringkas namun cukup membuat isteri jatuh cinta buat kali kedua pada sang suami dan juga membakar ghairahnya.
Tuesday, May 12, 2009
9 KEHEBATAN SUAMI (PART 2)
Posted by LOVE - The Bakers at 10:43 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment