RAMAI para suami yang menganggap bahawa kehebatan seorang lelaki di ranjang bergantung hanya kepada beberapa faktor. Antaranya menurut mereka adalah kekerapan mengadakan seks, kebolehan bertahan dan juga teknik yang digunakan.
Namun mereka tidak tahu bahawa kayu pengukur kepada kehebatan seks suami terletak di tangan isteri sendiri. Sekiranya suami tertanya-tanya akan prestasi dirinya dalam urusan seks, perhatikan ciri-ciri berikut. Jika pasangan anda memenuhi satu saja dari ciri tersebut, tidak ragu lagi untuk menyatakan pada dirinya dialah jaguh sejati!1 - Setia pada isteri
Suami yang hebat tidak akan memilih untuk ¿makan luar¿ kerana setia pada isterinya. Dia akan memberikan perasaan selamat pada isteri bahawa dia tidak akan menduakannya. Sikap jujur tersebut akan membuatkan kepercayaan pada suami meningkat dan secara tidak langsung hubungan seksual dengan suami juga akan semakin intim dan sihat. Sikap setia ini juga akan mengelakkan isteri dari dijangkiti penyakit seksual yang berbahaya. Inilah jaguh yang menyelamatkan hidup anda.
2 - Tahu apa yang isteri mahu
Suami yang dikatakan hebat pastinya akan tahu apa yang dimahukan oleh isteri mereka. Mereka tahu bahagian mana yang ingin disentuh, berapa lama aksi pemanasan yang dimahukan dan juga posisi kesukaan isteri mereka.
3 - Bertanggungjawab untuk selamat
Ramai wanita yang terpaksa ¿berkorban¿ sendirian menggunakan alat kontraseptif dan menanggung kesan wajah berjerawat, hormon tidak teratur dan sebagainya kerana suami enggan menggunakan kondom.
Tapi jika suami menganggap kehamilan adalah tanggungjawab bersama, seorang suami yang hebat pasti sanggup berkorban untuk isterinya. Selain mencegah kehamilan, kondom juga mampu mencegah penyakit seksual.
4 - Asli
Bukan hanya wanita saja yang berasa kurang yakin dengan ukuran payu daranya, lelaki juga turut merasai perkara yang sama terhadap ukuran alat sulit mereka. Namun suami yang hebat tidak akan terpengaruh dengan isu kecil atau besar. Dia tetap akan bangga dengan bahagian tubuh yang diciptakan untuknya.
Sang jaguh tidak akan mengubah ukuran S menjadi XL, sebaliknya akan berusaha menguasai posisi yang mampu membuatkan pasangannya puas tanpa mengira besar atau kecil ukuran alat sulitnya.
0 comments:
Post a Comment